Renungan hari ini..

Kepada pelawat budiman, terima kasih kerana melayari laman blog ini. Sebarang ulasan amat dihargai. Sila link kan blog ini ke dalam blog anda jika sudi..Terima kasih..

Saturday, June 27, 2009

Pas Diambang Kesesatan

Kenyataan Mufti Perak dalam Utusan semalam sama sekali tidak membangkitkan langsung isu PAS adalah punca kepada perpecahan umat Melayu di Malaysia. Menurut Tuan Guru Harussani, adalah wajib bagi umat Islam bersatu padu khususnya di Malaysia (lihat laporan Utusan di bawah ini), dan kepada para pembaca sekalian, adakah tuan-tuan terjumpa ayat yang mendakwa bahawa Tuan Guru Harussani menuduh bahawa PAS adalah punca segala perpecahan di Malaysia? (walaupun hakikatnya adalah benar). Soalnya mengapa Harakah Online tidak mengikut ayat Quran yang melarang kita menjadi pengadu-domba? dan memusingkan fakta? Dan mengapa mesti memfitnah Tuan Guru Harussani, jika benar Harakah Online menjadi lidah rasmi perjuang Islam? Adakah ini sikap sebuah akhbar yang mendakwa bahawa mereka mendaulatkan Islam? Di samping itu, Nik Aziz pula, mengapa dengan mudah menolak hujah-hujah Tuan Guru Harussani berhubung isu kerajaan perpaduan? apakah Nik Aziz berasa bahawa beliau terlalu tinggi ilmu agamanya berbandingan dengan orang lain? Mengapa terlalu ego dan taasub kepada diri sendiri? Nik Aziz mahu ikut al-Quran atau pun nafsu sendiri? Jika Tuan Guru Harussani berhujah dengan al-Quran, terima la. Satu ketika dahulu, bukan main hebat PAS menyokong kenyataan Tuan Guru Harussani bahawa Konsert SureHeboh adalah haram dan Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah mubahalah, berkenaan isu liwat Saiful Bukhari, tetapi sekarang bukan main melalak peyokong-penyokong PAS membelasah Tuan Guru Harussani, kononnya beliau merupakan boneka UMNO dan lebih baik Tuan Guru Harussani menjadi ahli politik sahaja daripada menjadi mufti atau ulama.



sumber: http://azlishukri.blogspot.com/

Saturday, June 20, 2009

Nizar bertopengkan Islam


Dalam keghairahan DS Nizar memperjuangkan Kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah,DAP sebenarnya sedang mengatur langkah menyusun agenda-agenda sulit mereka. Kebijaksanaan DS Nizar bermain dengan isu tanah telah menarik banyak golongan masyarakat cina dan india menyertai PKR. Sungguhpun Pas yang memenangi 6kerusi DUN dan PKR yang mewakili 9 kerusi DUN (6+9),
Nizar bermain Psikologi bahawa beliau merupakan Menteri Besar yang sah. Berdasarkan demokrasi,DAP yang miliki majoriti seharusnya menjadi MB,namun undang-undang tubuh negeri perak tidak membenarkan MB perak dari kaum bukan melayu dan Islam. Justeru,Nizar dilantik atas alasan tersebut. Namun yang menjadi persoalannya,mengapa Nizar yang bertindak bodoh di dalam Parlimen baru baru ini seolah- olah PAS yang kehilangan kerusi DUN. Tindakan Bodoh DS Nizar di dalam Parlimen mengajar rakyat menjadi "samseng". Umum mengetahui,sidang parlimen Malaysia sentiasa dipantau dari jauh oleh negara Israel. Sekiranya mereka mengetahui tindakan DS nizar,sudah tentu mereka menepuk tangan dan ketawa melihatnnya. Nizar sehingga kini masih tidak dapat menerima diri beliau sebagai "pembangkang" di Negeri Perak. Siswa berasa sangat kecewa memiliki pemimpin berjiwa samseng seperti Nizar dan teramat kecewa apabila Nizar hanya bertopengkan ISLAM demi mencapai matlamat politik beliau dan DAP. Wallahualam...

-siswa benci PKR-

Thursday, June 4, 2009

Jangan benar Chin Peng pulang - Dr. M

Jangan benar Chin Peng pulang - Dr. M

PUTRAJAYA 3 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu mengekalkan keputusan tidak membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke negara ini dengan mengambil kira perasaan rakyat.

Menurut beliau, kerajaan tidak perlu membuat sebarang keputusan yang tidak disenangi oleh majoriti rakyat yang marah dengan kezaliman komunis.

''Secara terang-terangan, ramai rakyat yang tidak senang dengan rayuan untuk membawa pulang Chin Peng, jadi kerajaan mesti memahami perasaan mereka,'' katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Pertandingan Menulis Esei 'Mengasuh Minda Pemimpin Masa Depan' anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Ditanya mengenai desakan sesetengah pihak yang mahu membawa masuk Chin Peng kembali ke negara ini, beliau berkata, sesiapa sahaja mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

''Kita ada kebebasan untuk bercakap dan mereka boleh bercakap apa saja yang mereka suka tetapi semuanya bergantung kepada kerajaan untuk membuat keputusan,'' katanya.

Dr. Mahathir mengulas isu yang dicetuskan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan yang meminta kerajaan membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini atas dasar kemanusiaan dan juga dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan negara.

Pelbagai pihak sebelum ini terutamanya bekas anggota keselamatan dan di kalangan mereka yang pernah menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman komunis menentang keras rayuan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menegaskan, kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng kembali menetap di negara ini dan mahu keputusan itu dihormati semua pihak tanpa mempertikaikannya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika ditanya mengenai penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi Negara menyifatkannya sebagai tepat pada masanya.

''Ya bagus, cuma ia baru permulaan dan tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk dibuat perbandingan sebab baru hendak bermula,'' katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut, isteri beliau yang juga Canselor Universiti Multimedia, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim.