Renungan hari ini..

Kepada pelawat budiman, terima kasih kerana melayari laman blog ini. Sebarang ulasan amat dihargai. Sila link kan blog ini ke dalam blog anda jika sudi..Terima kasih..

Wednesday, December 23, 2009

Di sebalik isu menantu Nik Aziz


DEWAN Pemuda Pas negeri Kelantan (DPPNK) kelihatan awalnya seolah-olah tidak lagi mempedulikan apa yang mungkin dirasa dan dianggap oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya.

Dengan tidak lagi 'berlapik', ia menyelak semula isu, seakan-akan sengaja membiarkan ia bernanah semula ketika Nik Abdul Aziz bagaikan sudah mengatup kemas dan mahukan ia dihentikan.

Mengejutkan apabila DPPNK tiba-tiba menyentak dengan gesaan agar Ir. Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menantu Nik Abdul Aziz segera melepaskan jawatan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) seperti yang dilaporkan Mingguan Malaysia, Ahad lalu.

Biasalah, jika gesaan itu datang daripada Pemuda UMNO untuk menekan Pas tetapi ternyata isu ini bukan lagi dapat dituding sebagai mainan parti lawan seperti kelazimannya.

Jadi ia sudah menjadi luar biasa apabila belum keputusan rasmi dibuat, cadangan soal gesaan itu terus disuarakan oleh Ketua Penerangan DPPNK, Dr. Rosli Allani Abd. Kader, seolah-olah mula wujud pembangkang dalam parti.

Cadangan gesaan demi menjaga keutuhan parti itu tidak menjadi kenyataan akhirnya apabila kelmarin, DPPNK mula sejuk dan membatalkan mesyuarat dengan alasan "mengambil sikap tunggu dan lihat" perkembangan seterusnya.

Mengejutkan pula apabila Dr. Rosli pula yang tiba-tiba meletakkan semua jawatan dalam parti semalam setelah kes perkahwinannya meletup bagi mengelak Pas terheret dengan persoalan peribadinya.

Sebenarnya, tidak kedengaran hiruk-pikuk UMNO mengeksploitasi isu menantu ini malah parti lawan itu semacam sekadar menonton adegan demi adegan dalam drama politik Pas, mungkin melalui beberapa pengarah sendiri.

UMNO tidak berpesta, ia bagaikan tidak mengambil peluang itu sedangkan itulah yang menjadi kebimbangan Pas, isu yang mungkin akhirnya memualkan dan menyebabkan rakyat menikam Pas dengan teruknya dalam pilihan raya umum kelak.

Mungkinkah ini juga yang menyebabkan DPPNK tidak lagi dapat menahan sabar sedangkan Ariffahmi jelas akan berundur Mac depan, cuma beberapa bulan lagi baginya mempersiapkan diri apabila kehilangan kerjaya dan punca pendapatan.

Tentunya Pemuda Pas itu masih ingat bidasan Nik Abdul Aziz terhadap Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang disifatkannya 'memandai-mandai' kerana kembali mencungkil isu PMBK.

Sambil menegaskan perkara itu telah dibincangkan dan diselesaikan selepas pertemuan dengan pimpinan Pas Pusat baru-baru ini, bagi Nik Abdul Aziz tindakan Mahfuz satu kesilapan yang hanya memberi peluang kepada UMNO untuk 'berpesta'.

"Ucapan Mahfuz betul-betul beri peluang kepada UMNO untuk berpesta. Itu kesilapan dia kerana ini benda yang sudah disiarkan dan dibincangkan kenapa tidak berjumpa saya," ujarnya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mengeluarkan kenyataan meminta Abdul Ariffahmi selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK, melepaskan jawatannya dengan segera demi menghormati roh dan semangat pimpinan Pas Pusat yang mahu ia disegerakan.

Dengan cara itu, ia dapat mengelakkan sebarang persepsi dan implikasi kewangan dalam PMBK kerana Abdul Ariffahmi masih boleh membuat sebarang keputusan melalui jawatan itu.

Ariffahmi menegaskan beliau akan berundur mengikut ketetapan yang dibuatnya sebelum ini selaras dengan terma dalam surat pelantikannya.

Bagi Abdul Ariffahmi, ia sekali gus akan memberikan peluang kepada PMBK mencari pengganti dan memastikan urusan pentadbiran tidak terjejas.

Namun Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Haron mengingatkan dengan kuasa yang masih ada sepanjang tempoh berbaki banyak lagi perkara boleh berlaku, jika Abdul Ariffahmi tidak 'berdiam diri' dari segi mulut dan tindakan.

Ada yang bersetuju isu peletakan jawatan ini sebenarnya sudah hampir berakhir dan tidak sepatutnya terus didendangkan, apatah lagi oleh DPPNK, ia bukan lagi persoalan besar.

Mungkin isu yang lebih besar tersembunyi di sebalik itu yang perlu disorot, dikupas dan diperincikan termasuk soal apakah PBMK sebagai penjaga kepada aset negeri telah menyimpang jauh daripada matlamat penubuhan sebenar.

Setakat mana aset itu dipelihara, dikembangkan dengan kepentingan negeri dan rakyat masih belum jelas pada padangan umum dan menjadi tanda-tanya termasuk beberapa projek hartanah yang diwar-warkan dengan gah.

Namun ia kelihatan seolah-olah mengambil alih peranan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri dan mula terlibat secara langsung dalam urusan perniagaan harian dengan memberapa pihak dikatakan mendapat kepentingan.

Di PMBK, ada yang mungkin melihat jaya atau gagal setiap perancangan projek akan turut menentukan untung rugi dari segi masa depan politik Pas kerana segalanya kelak akan terentang di depan mata.

Dengan tunjangan kuasa, pengaruh dan kewangan, ada yang percaya menerusi PMBK juga, percaturan halus boleh dilakukan tentang siapa yang bakal lebih dipercayai oleh Nik Abdul Aziz selaku pengganti.

Bahang konflik masih meruap dan ramai yang terpaksa menunggu dalam diam meneliti perkembangan cerita selanjutnya.

PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Malaysia di Kota Bharu, Kelantan

Tuesday, November 17, 2009

Tegah terima tajaan haji

MUFTI dan tokoh agama sepakat tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan jika mempunyai unsur-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta ada niat lain.

  • Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menegaskan walaupun dibolehkan, beliau berharap semua pihak sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah dengan menggunakan wang sendiri.
  • Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah jika seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-unsur rasuah.
  • Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad berkata, persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu menunaikan haji dengan wang tajaan adalah bergantung kepada niat kedua-dua belah pihak.

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Individu berjawatan tidak boleh menerima tajaan daripada mana-mana pihak untuk menunaikan haji jika langkah berkenaan akan menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, individu terbabit juga perlu memastikan tajaan itu tidak dibuat semata-mata kerana mereka ada kuasa disebabkan memegang jawatan dalam kerajaan atau mana-mana organisasi.

“Komen saya ini bukan berniat menyentuh mana-mana pihak, tetapi mengikut hukum syarak seseorang itu boleh ditaja untuk mengerjakan haji dengan syarat pihak yang menaja tiada kepentingan dan langkah ini tidak membawa fitnah, syak wasangka atau keraguan.

“Walaupun perkara ini dibolehkan, saya berharap semua pihak sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah menggunakan wang sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini timbul kontroversi apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf ‘VVIP’.

Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara berkenaan.

Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada Rabu ini.

Menurut Nooh, sebaik-baiknya, individu yang ingin ditaja untuk menunaikan haji adalah daripada kalangan orang miskin yang tidak berkemampuan untuk mengeluarkan belanja bagi mengerjakan ibadat itu.

“Tajaan ini sepatutnya bagi menolong orang miskin. Ia tidak boleh dilakukan bagi membantu golongan berada kerana ia tidak berfaedah, sama seperti mencurah garam ke dalam laut,” tegasnya.

Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah jika seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-unsur rasuah.

“Tak apa dari segi syarak untuk mana-mana pihak menaja kita bagi menunaikan haji.

“Tetapi kita harus memastikan tiada unsur rasuah dan pihak yang melakukan ini tidak mempunyai niat lain,” ujarnya.

Mengulas isu sama, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad berkata, persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu menunaikan haji dengan wang tajaan adalah bergantung kepada niat kedua-dua belah pihak.

“Kita mesti mengetahui niat orang yang menerima tajaan dan juga pihak yang menaja.

“Apakah tujuan penajaan ini? Jika ia bermaksud tidak baik dengan niat mencapai keuntungan keduniaan, ini sudah tentu tidak dibolehkan kerana ia bertentangan dengan tujuan sebenar ibadat haji,” katanya.


Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

Friday, October 2, 2009

Jom Pangkah BN!







Salam..

Selamat menunaikan kewajipan dan selamat mengundi kepada semua pengundi2 DUN Bagan Pinang. Siswa mendoakan agar pengundi2 bijak memilih calon. Siswa mendoakan juga kemenangan berpihak ke atas Parti Barisan Nasional/ UMNO dengan Izin Allah S.W.T dengan majoriti besar agar DUN Bagan Pinang tidak menerima nasib buruk seperti apa yang berlaku di Selangor,Perak,Kedah dan Pulau Pinang dengan apa yang dilakukan oleh Pembangkang. Selamat mengundi.







Friday, September 11, 2009

UMNO parti Islam - PM


SIK 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ini kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.

Beliau berkata, perubahan dalam kehidupan peneroka Felda yang kini menikmati kehidupan lebih baik berbanding dahulu hasil perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selari dengan perjuangan Islam.

''Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam?

''Walaupun tidak ada label Islam tapi kita telah melaksanakan tuntutannya, melakukan perubahan sehingga mengubah nasib peneroka Felda.

''Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam,'' tegas beliau.

Beliau menegaskan demikian dalam ucapannya pada Program Rahmat Ramadan Warga Felda (PRRWF) 2009 di Masjid An-Nur, Felda Teloi Timur di sini, hari ini.

Najib berkata, kerajaan tidak mahu Islam dianggap lemah tanpa menguasai pelbagai bidang termasuk ilmu, ketenteraan dan ekonomi.

''Kita tidak mahu melihat umat Islam berbalah seperti di Iraq sehingga masyarakat hidup dalam ketakutan di mana-mana,'' katanya.

Beliau turut meminta umat Islam mengambil iktibar ibadah pada bulan Ramadan dan perjuangan Rasulullah SAW dalam membentuk kekuatan rohani serta jasmani.

Perdana Menteri memberikan contoh, peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadan, seramai 313 umat Islam berjaya menewaskan musuh yang lebih besar walaupun dalam keadaan berpuasa.

''Mengapa tidak ambil panduan menerusi perkara ini. Kalau menerusi ibadat puasa pada zaman Rasulullah boleh menang, mengapa kita pada zaman ini tidak boleh mencipta kejayaan,'' katanya.

Perdana Menteri juga berjanji akan memastikan peneroka Felda sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan.

''Sebab itu, sejak dulu semasa saya menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri, saya minta untuk jaga Felda dan sekarang pun apabila menjadi Perdana Menteri, saya tak mahu lepaskan Felda," kata beliau.

Terdahulu, Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Beliau juga menyerahkan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM1.34 juta kepada lebih 4,000 peneroka Felda Wilayah Alor Setar serta menyampaikan Anugerah Khas PRRWF 2009.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan.

Sunday, August 23, 2009

Mengkhianati Islam?



Sumber- UTUSAN MALAYSIA

ADA tanggapan sebahagian orang bahawa janganlah ditegur Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat walaupun beliau mengeluarkan kenyataan salah dan liar. Diamkan sahaja.

Kononnya jika ditegur juga maka lagi kuat penyokong Pas bertindak balas kerana imejnya yang menonjol sebagai Tok Guru. Dengan kata lain, Nik Aziz tidak boleh disentuh sama sekali.

Apakah Awang perlu sama terikat dengan tanggapan itu sedangkan Nik Aziz makin banyak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar? Sudah tentu tidak. Awang tidak boleh berdiam. Yang salah mesti disanggah apatah lagi melibatkan soal kepentingan Islam.

Berdasarkan maklumat yang Awang terima, sebahagian ahli dan penyokong Pas juga tidak senang dengan satu demi satu kenyataan liar Nik Aziz yang hanya memburukkan imej parti itu. Kata kesat beliau ''pergi jahanam sama UMNO" dan kenyataannya bahawa tidak salah DAP menghina Islam, cukup membingungkan.

Belum reda isu itu beliau menyatakan pula penyokong UMNO tidak akan masuk syurga, yang kemudian mengundang bantahan umat Islam termasuk Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Malah ada pemimpin Pas antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib secara terbuka tidak bersetuju dengan Nik Aziz. Menurut Harun, peluang masuk syurga adalah urusan Allah dan ia tidak bergantung kepada parti yang disertai.

Sesungguhnya sudah tercatat dalam sejarah Islam tentang beberapa kisah tok guru dan ulama yang sama ada sedar atau tidak sedar, telah mengkhianati agamanya sendiri. Dari semasa ke semasa, Islam bukan sahaja menghadapi serangan dan ujian daripada kalangan musuh Islam malah daripada segelintir ulama yang mempergunakan agama untuk kepentingan tertentu sehingga mengakibatkan kekeliruan dan perpecahan ummah. Golongan inilah yang memudaratkan Islam. Jadi mengapa kita harus gusar untuk menyanggah golongan begini?

Dalam kes Nik Aziz, Awang percaya beliau tidak berniat untuk menghina dan memudaratkan Islam tetapi tindak-tanduknya sudah dilihat begitu. Pada pengamatan Awang, masalah dengan Nik Aziz adalah ego dan riaknya sebagai seorang ulama. Itulah juga masalah dengan segelintir ulama, kerana ego mereka sanggup memperjudikan Islam.

Untuk berlaku adil, buatlah kajian tentang Nik Aziz sejak beliau menjadi Menteri Besar. Berapa banyak kenyataannya yang meragukan dan tidak berasaskan ajaran Islam sebenar?

Dalam pada itu, Awang ingin bertanya Nik Aziz tentang peranan yang UMNO mainkan selama ini dalam menegakkan Islam bermula dengan menulis perlembagaan negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi sehinggalah kepada pembangunan syiar Islam. Masyarakat Islam dunia turut mengakui dan mengiktiraf Malaysia sebagai model negara Islam. Kelahiran Tabung Haji, Universiti Islam, Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam, sekolah-sekolah agama dan banyak lagi yang kerajaan BN pimpinan UMNO telah lakukan atas nama pembangunan Islam.

Itu belum bercakap tentang pembinaan puluhan ribu masjid dan surau. Di Kelantan sendiri, lebih 500 masjid dibina oleh kerajaan UMNO. Menurut maklumat hanya sebuah masjid yang kerajaan Pas bina. Apa maknanya ini semua sedangkan Nik Aziz sudah memerintah Kelantan lebih tiga penggal? Apakah usaha UMNO ini tidak Islamik dan penyokong UMNO dinafikan ke syurga berdasarkan tafsiran beliau?

Awang bimbang pendekatan Nik Aziz bukan sahaja akan melemahkan Islam malah menakutkan orang bukan Islam yang mahu berjinak-jinak untuk memahami dan menerima Islam. Islam mesti dipromosikan dengan pendekatan sederhana, bijaksana dan toleransi sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhamad SAW.

Lebih ramai bukan Islam memeluk agama Islam di negara ini bukannya kerana peranan Pas apatah lagi Nik Aziz sebaliknya kerana UMNO. Sama ada suka atau tidak untuk diakui, itulah hakikatnya

Lebih ramai bukan Islam tertarik menyertai Islam di bawah teraju kepimpinan UMNO terutama ketika zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir Mohamad yang melaksanakan pendekatan sederhana dan progresif.

Dalam kaitan ini, UMNO yang lebih dominan tentu ada kelemahan yang boleh diperbaiki dan Pas yang jauh tercicir dalam sumbangan kepada pembangunan Islam, boleh dilonjakkan pencapaiannya. Carilah titik penyatuan terutama dalam isu-isu kepentingan umat Islam. Tetapi menghina, memburukkan dan memperlekehkan sesama orang Islam bukan caranya. Apa pun pintu taubat dan memohon kemaafan masih terbuka luas untuk kita semua lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Itu pun jika kita tidak dicengkam ego dan riak.

Saturday, August 15, 2009

Kenyataan Nik Aziz Hanya Alasan Untuk Jaga Hubungan-Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak membantah kenyataan menghina Islam oleh DAP adalah sebagai alasan untuk menjaga hubungan kerjasama antara kedua-dua parti pembangkang itu.

"Nik Aziz kata tak apa dia (DAP) bukan orang Islam. Orang bukan Islam boleh hina Islam, orang Islam tak boleh hina Islam. Kalau kita nak berkawan dengan orang, kita kena (pandai) memberi alasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Lat 1Malaysia di sini.

Pada Rabu lepas, Menteri Besar Kelantan itu dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Dr Mahathir ketika diminta mengulas mengenai peluang Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, 25 Ogos ini, hanya berkata: "Saya tak boleh komen sebab saya tak tahu keadaan di sana."

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata kesedaran orang ramai mengenai wabak influenza A(H1N1) di negara ini masih rendah.

Katanya, penutupan sekolah tidak perlu dilakukan sebelum pelbagai faktor diambil kira dalam membuat keputusan penutupan itu.

Terdahulu, Dr Mahathir, dalam ucapan perasmian pameran itu, berkata beliau gembira kerana dirinya dilukis dalam bentuk kartun dan ia memberikan keceriaan kepadanya.

Lebih 60 hasil lukisan Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd Nor Khalid akan dipamerkan di Bangsar Shopping Centre (BSC) di sini sehingga 31 Ogos ini.

Pameran itu dianjurkan dengan kerjasama Bandar Raya Development Berhad (BRDB) dan New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP).

-- BERNAMA

Friday, August 14, 2009

Nik Aziz harus bertaubat, Kembalilah ke pangkal agama


(sekadar gambar hiasan)

Salam...
  1. Siswa amat kecewa dengan kenyataan Nik Abdul Aziz baru2 ini yang menghalalkan islam dihina atas alasan mereka tidak faham dan jahil tentang islam. Kenyataan Nik abdul Aziz tersebut jelas memperlihatkan bahawa seolah2 beliau lebih rela Islam dihina dari Pas atau PKR dihina. Membela islam adalah perkara wajib sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi dimana ia merupakan perkara yang wajib dalam hidup kita. Pentingnya mempertahankan islam,kesucian islam dan maruah islam. Namun didalam hal ini, kita dapat melihat seorang yang kononnya bergelar ulama' jelas sesama sekali menghalalkan perkara2 yang mungkar.Adakah ini tanda2 kiamat? Yang menjadi persoalannya Islam jelas sesama sekali tidak mengajar umatnya membela kaum yang menghina Islam malah menentang sesama sekali seperti pelukis yang melukis karikatur Rasulullah S.A.W. Apakah mazhab yang digunakan Nik Aziz? Menilai kembali fatwa2 yang pernah dikeluarkan oleh seorang yang dianggap bersifat maksum di dalam Pas,rata2 kenyataan dan fatwa yang dikeluarkannya bercanggah dari Al Quran dan hadis. Mungkin beliau menggunakan Quran dan hadis tetapi cara dan tafsiran beliau adalah bercanggah dari sudut pandangan Islam sebenar.
  2. "Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. " -Maidah[58] Kalau apa yang dikatakan Nik Aziz mereka yang menghina islam adalah jahil itu adalah benar,akan tetapi membenar dan menghalalkan perbuatan tersebut tanpa menentang adalah perkara yang jelas melanggar hukum islam. Nik Aziz harus bertaubat dan memperbetulkan kembali kenyataan beliau.
  3. Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.- Ali-Imran (28)
  4. Menteri besar Kelantan tersebut amat menyayangi DAP yang secara terang-terangan menolak dan menghina islam. Hanya mereka yang tidak siuman sahaja melindungi penghina islam. Membela DAP merupakan perkara yang wajib buat pemimpin2 Pakatan. Mereka juga tentunya mendapat kepentingan peribadi di atas perkara tersebut. Bagi mempertahankan kedudukan,pangkat, dan darjat,setiap apa yang dilakukan DAP haruslah Halal termasuk ARAK. Adalah satu kesalahan besar dan boleh dilucutkan jawatan serta mungkin ugutan lain jika mereka tidak membela sahabat dan rakan sejawatan mereka.
  5. Jika kita mengundi PAS sekalipun, penjualan arak,zina,maksiat dan jenayah masih tidak dapat dibendung,jadi apa perlu kita mengundi mereka yang membela penghina dan pengkhianat agama dan bangsa? Malaysia sudah cukup aman dan tenteram tanpa mereka sebelum ini khususnya Anwar bin Ibrahim. Menjadikan golongan Siswa dan siswazah sebagai sasaran politik dan kepentingan mereka amat memalukan.
  6. Persoalan yang lain pula,mampukah PAS melaksanakan dasar2 Islam yang diperkatakan mereka ke dalam pentadbiran jika berkuasa sedangkan mereka menjadi ''Kuda tunggangan" buat pemimpin2 DAP? Apakah tidak cukup segala usaha kerajaan membangunkan Islam selama ini sehingga kita mendahului negara2 Islam lain?
  7. Untuk berkata dan mengkritik amatlah mudah.Nah,lihat sahaja di selangor. Percambahan pusat2 hiburan dan maksiat ibarat 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Di era pemerintahan BN/UMNO tidaklah seteruk sedemikian kerana apa yang dilakukan ada batasnya. Hal ini menjadi barah apabila pakatan pembangkang berkuasa. Ini semua atas dasar persefahaman dan persahabatan sehinggakan agama diketepikan. Mungkinkah NIk Aziz sekarang ini sedang membayangkan "Jawatan Menteri" atas apa yang dilakukannya terhadap DAP. "DAP ibarat syaitan" itulah kata2 yang pernah dilemparkan terhadap DAP oleh Nik Aziz,namun kini yang dilabelkannya syaitan menjadi sahabat yang tidak pernah diimpikannya selama ini.
  8. Sikap Nik Aziz yang selalu menghina umat islam lain khususnya penyokong2 UMNO hanya akan memakan diri beliau sendiri. Ini jelas dildalam hadis dan Al Quran. Mengapa kita selalu menghina sesama Islam?Malah kenapa mereka (PAS) sanggup membela yang menghina islam? Rasullullah S.A.W pernah menyatakan "Bahawa barangsiapa yang tiada mahu menolong seseorang mukmin yang dihinakan orang disisinya padahal dia mampu menolongnya, akan dihinakan dia oleh Allah di tengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. Sebaliknya pula, orang yang menolong saudaranya dengan cara yang tersembunyi dalam perkara yang ia dapat menolongnya akan ditolongi Allah akan dia dalam dunia dan akhirat.
  9. Kita sebagai umat Islam harus memikirknnya. Guanakan akal kita terhadap apa yang sedang berlaku. Jangan sampai satu tahap kelak,mempersendakan agama dan menghina agama oleh kaum lain adalah perkara biasa. Itu jelas sebagai tanda2 kiamat. Bangkitlah wahai Islam, nyatakan siapa pengkhianat agama yang sebenar. Jangan kita menyesal di kemudian hari akibat dari mereka yang bertopengkan Islam semata2. Sebagai seorang mukmin,seharusnya ulama'2 Pas lebih lantang bersuara dalam hal2 ini namun sebaliknya yang terjadi. Justeru siswa tinggalkan disini tazkirah dari SUARA MASJID AL- AZIM untuk kita jadikan renungan dalam meniti kehidupan sebagai Umat Islam khususnya kepada mereka yang sanggup memutuskan hubungan sesema islam demi kepentingan politik.



HUBUNGAN SESAMA ISLAM

Maksud Hadis Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.w.t. bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara."

Orang Islam bersaudara orang Islam,tiada boleh ia menganiayanya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.

Taqwa itu di sini kata nabi , sambil menunjuk dadanya tiga kali. Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya orang Islam. Sekalian orang Islam ke atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya. Diriwayatkan oleh Muslim.

SYARAHANNYA :

Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah. Selain Muslim lagi hadis-hadis riwayat yang lain daripadanya yang di antara kandungannya ada sebagaimana yang diterangkan dalam hadis tersebut.

NILAINYA :

Hadis ini mengandungi nilai utama dalam soal persaudaraan Islam, di mana ditegaskan secara perintah akan larangan-larangannya yang tiada boleh dilanggar demi untuk pemeliharaan suasana persaudraan itu.

Perkara yang mengenal hubungan di antara orang Islam :

1. Beberapa Perintah Larangan

Pada hadis tersebut Rasullah ada menerangkan perkara yang mengenai hubungan di antara orang Islam. Untuk memelihara hubungan ini ditegaskan beberapa perintah yang merupakan larangan yang wajib dipatuhi ; iaitu janganlah kamu berdengki-dengkian di antara sama sendiri. Kerana dengan dengki atau hasad menyebabkan terputusnya hubungan.

Dengki ialah satu perasaan jiwa yang timbulnya perasaan itu pada seseorang oleh kegelisahannya memandang kelebihan yang ada pada orang lain atau oleh kebenciannya melihat ada orang yang melebihinya dalam sesuatu perkara atau keadaan.

Orang yang dengki atau hasad selamanya gelisah, jiwanya tidak tenteram , kerana ini dia berusaha untuk menghilangkan suatu kelebihan yang ada pada orang lain dengan perkataannya atau dengan perbuatannya dan berikhtiar untuk memindah sesuatu kelebihan yang ada pada orang lain itu kepada dirinya sendiri. Dan ada pula orang yang dengki itu berusaha untuk menghilang atau mencedera suatu kelebihan dari orang yang mempunyai semata-mata kebencian yang melulu, kerana dia sendiri tidak berhajat kelebihan itu untuk dirinya. Kedua macam kedengkian tersebut adalah tercela dan inilah perasaan kedengkian yang sejahat-jahatnya yang pernah digunakan oleh Iblis terhadap nabi Allah Adam a.s sehingga baginda dikeluarkan dari tempat kediamannya dalam syurga.

Sementara itu ada pula sejenis perasaan dengki atau hasad yang terbunuh dalam jiwa seseorang, tetapi dia berdiam diri, tidak ada usahanya yang jahat sama ada dengan perkataannya mahupun dengan perbuatannya untuk menumpas suatu kelebihan orang lain. Hasad seperti ini diharap tiada menyebabkan dosa, sebagaimana sabda Rasul yang bermaksud :

"Tiap-tiap anak Adam ada hasadnya, dan tiada mendatangkan kemudaratan kepada orang hasad oleh hasadnya selama ia tiada pernah bercakap lidah atau berbuat dengan tangan."

Seterusnya ada lagi sejenis perasaan hasad yang terbunuh dalam jiwa tetapi segera dilenyapkan serta ditumbuhkan perasaan cinta kepada orang yang mendapat kelebihan dan didoa supaya ia dalam selamat dan sejahtera. Inilah satu-satunya perasaan yang membuktikan kesuburabn iman yang dipuji.

Setelah Rasullullah menerangkan larangan dengki atau hasad, maka diterangkan pula larangan bertipu-tipuan dan berbencian dengan sabdanya yang bermaksud : " Janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbenci-bencian di antara kamu."

Larangan bertipu-tipuan ialah melarang seseorang menaikkan harga barang-barang padahal dia sendiri tidak mahu membelinya untuk menyusahkan orang lain. Perbuatan ini adalah haram. Masuk juga kepada larangan ini segala perbuatan tipu atau kecoh dalam jual beli.

Larangan benci-bencian ialah melarang seseorang membenci dengan menghina orang lain semata-mata menurut dorongan hawa nafsu yang angkuh dan sombong. Perbuatan ini melenyapkan perasaan kasih sayang di antara seorang dengan saudaranya padahal perasaan ini wajib dipelihara dan dipupuk dengan semangat cinta sebagai orang yang percaya kepada Allah. Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud ; " Tidak akan kamu masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak (dikata) buat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih ? Iaitu syiarkanlah Islam di antara kamu."

Kemudian Rasullullah menerangkan larangannya dengan sabdanya ; "Janganlah kamu berbelakang-belakangan atau berpaling-palingan ialah melarang perbuatan ini dilakukan oleh seorang semata-mata oleh perkara dunia. Pada hadis yang lain sebagaimana yang disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim, Rasullullah S.A.W. menerangkan :

"Tiada halal bagi seorang Islam bahawa ia meninggal saudaranya (tiada menegurnya) lebih dari tiga hari, bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang itu pula membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam ."

Dan lagi hadis yang lebih keras ancamannya iaitu :

"Barangsiapa meninggalkan saudaranya (tiada menegurnya kerana musuhinya) selama setahun maka ia seperti menumpah darahnya."

Larangan menjual di atas penjualan ialah melarang perbuatan itu dilakukan, kerana akibatnya adalah membawa kepada benci-bencian di antara sesama sendiri. Contohnya : Seperti dua orang yang membeli itu seraya berkata : "Batalkan pembelian engkau ini, aku sanggup menjual kepada engkau barang yang lebih baik mutunya dengan harganya lebih murah dari barang yang engkau beli itu. "

Demikian pula dilarang membeli di atas pembelian orang lain. Contohnya : seperti seorang datang kepada orang yang menjual lalu berkata : "Batalkan penjualan engkau ini. Aku dapat membelinya kelak dengan harga yang lebih tinggi. "

Termasuk kepada larangan ini orang yang menawarkan barang-barangnya kepada seorang yang lain, padahal pada waktu itu ada orang yang sedang menawarnya untuk membelinya. Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Tiada menjual seorang lelaki di atas penjualan saudaranya dan tiada meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya."

Larangan tersebut sebagaimana yang diterangkan oleh hadis adalah am meliputi kepada orang Islam dan kepada orang kafir, demikian menurut pendapat kebanyakan fuqaha kecuali Imam Ahmad dan orang ramai yang mengatakan larangan itu adalah khas kepada orang Islam tidak kepada orang kafir.

Setelah diterangkan segala larangan ini satu persatunya, maka Rasullullah dijelaskan pula keadaan orang Islam dalam pergaulan dengan sabdanya :

Sabdanya ini memberi suatu petunjuk jiwa. Jika mereka mematuhi sepenuhmya segala larangan itu, maka terwujudlah kasih mesra sebagai saudara yang senasib bertanggungjawab untuk kesejahteraan bersama sesuai dengan pengajaran Islam.

2. Orang Islam Saudara Orang Islam

Kemudian Rasullullah menerangkan selanjutnya keadaan sifat orang Islam. Orang Islam adalah saudara orang Islam. Yang demikian, tiadalah boleh dianiayainya, tiada boleh dibiarkannya, tiada boleh didustainya, juga tiada juga dihinanya. Larangan ini wajib dihormati untuk memelihara perpaduan di antara orang Islam yang di akui sebagai saudara.

Orang Islam tiada boleh menganiaya orang Islam, kerana penganiayan bertentangan dengan keperibadiaanya sendiri. Tetapi orang Islam wajib membantu menghindarkan penganiayaan itu serta menolong saudaranya yang berbuat penganiayaan dan saudaranya yang dianiaya ; dan tiada boleh ia membiarkan saudaranya dalam kehinaan dilakukan teradapnya tetapi dikehendaki berikhtiar sekadar yang mungkin bagi melaksanakannya. Mengenai hal ini Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Tolonglah saudara engkau, yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Ia berkata : Ya Rasullullah ! Aku pernah menolong orang yang dizalimi, maka bagaimana agaknya aku hendak menolong orang yang zalim ? Ia bersabda : Engkau tegah ia dari melakukan kezaliman, maka yang demikian itu bererti engkau menolong akan dia"

Pada hadis yang lain Rasullullah S.A.W pernah menyatakan "Bahawa barangsiapa yang tiada mahu menolong seseorang mukmin yang dihinakan orang disisinya padahal dia mampu menolongnya, akan dihinakan dia oleh Allah di tengah-tengah khalayak ramai pada hari kiamat. Sebaliknya pula, orang yang menolong saudaranya dengan cara yang tersembunyi dalam perkara yang ia dapat menolongnya akan ditolongi Allah akan dia dalam dunia dan akhirat.

Juga orang Islam tiada boleh mendustakan saudaranya orang Islam kerana pendustaan menyebabkan hilangnya perasaan kepercayaan. Lebih-lebih lagi pendustaan itu dipercayai oleh saudaranya. Pendustaan seperti ini adalah suatu perkara pengkhianatan, sebagaimana sabda Rasullullah : "Besarlah pengkhianatan bahawa engkau menceritakan kepada saudara engkau suatu cerita yang ia percaya kepada engkau, padahal yang sebenarnya engkau berdusta kepadanya."

Demikian pula orang Islam tiada boleh menghinakan saudaranya orang Islam sama ada dengan perkataan atau tingkah lakunya. Sebab penghinaan bukanlah sikap yang baik dalam persaudaraan, malah sikap inilah yang menimbulkan perbezaan pandangan seseorang dalam pergaulan, dan tumbuhnya adalah dari perasaan sombong yang terselit di hati ; iaitu perasaan memandang kepada diri dengan pandangan yang mulia dan sempurna tidak sebanding dengan orang lain yang dianggap hina susah menderita.

Setelah itu Rasullullah S.A.W mengatakan "Taqwa itu di sini…..sambil menunjukkan ke dadanya sebanyak tiga kali. Ini adalah memberi isyarat atau petunjuk bahawa kemuliaan manusia di sisi Allah bukanlah dengan cara berlagak, menunjuk diri atau meninggi-ninggi darjat, peribadi, tetapi adalah dengan sifat taqwa, yang mengeluarkannya amal utama dan budi mulia, sekalipun orang taqwa itu dipandang hina dan dikeji."

Akhirnya oleh Rasullullah S.A.W. dijelaskan pula bahawa sudah cukup banyak kejahatan seseorang jika ia merendahkan atau menghinakan orang Islam dengan cara merosakkan keselamatan badannya atau menjatuhkan maruah atau kehormatan atau dengan apa sahaja yang dipandang tiada sopan di luar garisan perikemanusiaan. Dan perbuatan seperti ini adalah haram di atas orang Islam melakukannya, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis tersebut.

Demikianlah beberapa larangan Rasullullah S.A.W kepada setiap orang Islam untuk memelihara kemurnian hidup persaudaraan yang tiada dibatasi oleh kekeluargaan, oleh warna kulit dan keturunan dan oleh kedudukan. Mereka adalah sebagai satu kaum keluarga, satu jiwa, satu hati, satu akidah dan satu ibadat, satu hala dan satu tujuan, satu tempat datang dan satu pula tempat pergi, sakit sama merasa sakit dari senang sama merasa syukur. Benarlah apa yang digambarkan Rasullullah S.A.W dalam sabdanya yang terkenal : "Bandingan orang-orang mukmin dalam bercinta-cinta mereka dan berkasih sayang mereka dan bertolong ,tolongan mereka seperti bandingan satu badan : Apabila sakit satu anggota daripadanya tertariklah sekalian anggota (hingga) tiada dapat tidur dan demam."

Pada hadis yang lain dijelaskan bahawa "Seorang mukmin bagi seorang mukmin itu satu binaan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian dan orang Islam itu seperti satu badan jika sakit matanya sakitlah sekaliannya dan jika sakit kepalanya sakitlah sekaliannya."

PETUNJUKNYA :

Bahawa di antara yang ditunjuk oleh hadis yang ketiga puluh lima ini ialah :

1. Hadis ini menunjukkan secara tegas bahawa Rasullullah S.A.W melarang setiap orang melakukan sebarang perbuatan yang mencederakan atau merosak kehormatan saudaranya dari orang Islam. Sebab orang Islam mempunyai kemuliaan dan kehormatan peribadinya, harta miliknya dan maruahnya atau nilai hidupnya, larangan yang ditegaskannya itu ada sebanyak sembilan perkara dalam bidang pergaulan umum dan hubungan perniagaan yang kesemuanya merupakan suatu petunjuk yang sangat berguna kepada orang Islam di segala tempat dan zaman.

2. Juga menunjukkan bahawa orang Islam dalam dunia ini adalah bersaudara kerana ini mana diharamkan ke atas setiap orang Islam mengerjakan suatu yang bertentangan dengan hak persaudaraan itu. Rasullullah dalam hadis tersebut menegaskan perintahnya mengenai hal persaudaraan tersebut iaitu : "Berkata Al-Khurtabi, bahawa erti sabdanya ialah : "Hendaklah kamu menjadi sebagai orang-orang yang bersaudara persaudaraan satu darah keturunana yang diikat oleh rasa sayang, saling cinta menyintai, nasihat-menasihati, bantu membantu serta bertimbang rasa."

Inilah di antara petunjuk hadis yang sangat patut diambil perhatian oleh setiap orang Islam untuk memelihara keteguhan dan keutuhan perpaduan dalam hubungan persaudaraan kerana dengan pemeliharaan ini wujudlah perasaan muhibbah diselubungi oleh suasana aman damai.

Dan inilah pula dasar persaudaraan Islam yang diasas di atas tuntutan agama, serta dipelihara dengan semangat pengajarannya dalam mana perasaan muhibbah yang sejati menjadi terasnya. Maka dengan semangat ini terdapatlah saling hormat menghormati, bantu-membantu, berusaha untuk mewujudkan kebaikan, menghindarkan kejahatan dan ini pula yang menjadi amalan hidup seseorang dalam masyarakatnya. Andaikata, oleh suatu hal seorang itu tidak dapat melaksanakan amalan ini, maka hendaklah dia hidup berdiam diri, tak usahlah mengganggu atau menyusahkan orang lain. Ikutilah pengajaran ini : "Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang mukmin iaitu :

Pertama, jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya maka janganlah engkau menyusahkan dia.

Kedua, jika engkau tidak mahu menyukakan dia maka janganlah engkau mendukakan dia dan ;

Ketiga, jika engkau tidak hendak memuji dia maka janganlah engkau mencela dia Wallahhualam

Thursday, August 13, 2009

Larangan melantik kafir sebagai pemimpin


(sekadar gambar hiasan)

Maidah [57] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

Dilarang melantik orang yang mempersendakan agama samada dari golongan kafir atau Islam sebagai pemimpin. Orang Islam yang mempersendakan agama misalnya dengan mengatakan hukum Islam tidak sesuai diguna pada zaman ini juga tidak boleh dilantik menjadi pemimpin. Mereka yang condong kepada cara hidup kafir juga tidak boleh dilantik sebagai pemimpin kerana pemimpin hendaklah menjaga agama Islam, umat Islam dan negeri/negara. Begitu juga mereka yang mengutamakan kehidupan dunia berbanding akhirat.

Al-A’la[16] (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia.

Di dalam dua ayat yang lain diterangkan tentang perkara yang sama, dilarang melantik kafir sebagai pemimpin tertinggi, kecuali di negara bukan Islam (pilihlah pemimpin kafir yang lebih menjaga kepentingan Islam). Dilarang juga melantik kafir menjadi pemimpin walaupun sanak saudara, kerana mereka condong kepada kekufuran. Mereka tidak berminat kepada Islam. Allah tidak rugi sekiranya golongan kafir dilantik, sebaliknya orang Islamlah yang rugi kerana mereka menzalimi diri mereka sendiri.:-

Ali-Imran [28] Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Taubah[23] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.

Orang kafir tidak boleh dilantik menjadi ketua negara. Namun boleh membantu mereka jika ada persefahaman dan mereka berjanji taat setia dengan Islam sepertimana pada akhir Surah Al-Anfal, dimana Rasulullah ke Mekah untuk tolong orang kafir yang janji setia dengan Islam dan akhirnya Mekah jatuh ketangan Islam.


Anfal [72]…….Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Maidah[58] Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.

Larangan Mempersendakan Ajaran Agama

Larangan Mempersendakan Ajaran Agama

Realiti Gejala Mempersendakan Agama

Golongan yang Mempersendakan Agama

· Kafir

· Munafiq

· Ahli Bid'ah

· Golongan anti hadis

· Orang melakukan maksiat

Akibat Mempersendakan Agama

· Azab pedih

· Kehidupan tidak tenang

· Ganggu keharmonian masyarakat

· Undang bala dan murka Allah

Perbezaan antara sifat orang mempersendakan agama dengan orang yang memelihara agama

Memelihara agama

Mempersendakan agama

Iman kuat

Iman lemah

Jati diri teguh

Jati diri lemah

Cekal dan tabah

Tidak tahan ujian

Mampu kawal nafsu

Dikawal nafsu

Tahan godaan

Tidak tahan godaan

Bertanggungjawab

Tidak bertanggungjwab

Faktor Gejala Mempersendakan Agama

· Jahil

· Lemah iman dan jati diri

· Pengaruh kebendaan

· Pengaruh persekitaran

Kewajipan Menangani Gejala Mempersendakan Agama

Langkah Menangani Gejala Mempersendakan Agama

· Nasihat dan tunjuk ajar

· Perbincangan dalam kasih sayang

· Guna ICT dalam dakwah

· Penguatkuasaan undang-undang

Pengajaran

· Islam haramkan persendaan agama

· Umat Islam wajib berdakwah mengikut keupayaan masing-masing

· Islam melarang umatnya mendekati majlis maksiat

· Kuasa dan kekayaan tidak boleh menyelamatkan seseorang daripada azab

Sunday, August 9, 2009

KIBARKANLAH JALUR GEMILANG

Assalammualaikum..

Sempena bulan kemerdekaan ini siswa menyeru kepada semua anak- anak malaysia mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda cintakan negara mahupun di premis2,kenderan ataupun blog. Marilah kita buktikan pada semua bahawa diri kita masih memiliki semangat patriotik. Bersyukurlah kita memiliki sebuah negara yang harmoni dan aman dan damai. Mengapa ramai antara kita tidak sedar akan semua ini? Kita memiliki sebuah keamanan yang di anugerahkan Allah untuk kita lebih kuat beribadah kepada Allah bukan untuk menentang sesuatu yang sememangnya hak. Negara kita tidak seperti Palestin,Thailand,Iraq, negara- negara benua Afrika dan lain2 yang sering tertindas masyarakat islamnya dan keamanannya. Mengapa kita tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah? Justeru,kini adalah masanya untuk kita buktikan secara lahiriah dengan mengibarkan bendera Malaysia sebagai sayangnya kita kepada negara.Marilah kita hayati erti kemerdekaan yang sebenar..

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.






Rentetan sejarah yang kian dilupakan

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Stadium Merdeka

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957