Renungan hari ini..

Kepada pelawat budiman, terima kasih kerana melayari laman blog ini. Sebarang ulasan amat dihargai. Sila link kan blog ini ke dalam blog anda jika sudi..Terima kasih..

Saturday, June 27, 2009

Pas Diambang Kesesatan

Kenyataan Mufti Perak dalam Utusan semalam sama sekali tidak membangkitkan langsung isu PAS adalah punca kepada perpecahan umat Melayu di Malaysia. Menurut Tuan Guru Harussani, adalah wajib bagi umat Islam bersatu padu khususnya di Malaysia (lihat laporan Utusan di bawah ini), dan kepada para pembaca sekalian, adakah tuan-tuan terjumpa ayat yang mendakwa bahawa Tuan Guru Harussani menuduh bahawa PAS adalah punca segala perpecahan di Malaysia? (walaupun hakikatnya adalah benar). Soalnya mengapa Harakah Online tidak mengikut ayat Quran yang melarang kita menjadi pengadu-domba? dan memusingkan fakta? Dan mengapa mesti memfitnah Tuan Guru Harussani, jika benar Harakah Online menjadi lidah rasmi perjuang Islam? Adakah ini sikap sebuah akhbar yang mendakwa bahawa mereka mendaulatkan Islam? Di samping itu, Nik Aziz pula, mengapa dengan mudah menolak hujah-hujah Tuan Guru Harussani berhubung isu kerajaan perpaduan? apakah Nik Aziz berasa bahawa beliau terlalu tinggi ilmu agamanya berbandingan dengan orang lain? Mengapa terlalu ego dan taasub kepada diri sendiri? Nik Aziz mahu ikut al-Quran atau pun nafsu sendiri? Jika Tuan Guru Harussani berhujah dengan al-Quran, terima la. Satu ketika dahulu, bukan main hebat PAS menyokong kenyataan Tuan Guru Harussani bahawa Konsert SureHeboh adalah haram dan Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah mubahalah, berkenaan isu liwat Saiful Bukhari, tetapi sekarang bukan main melalak peyokong-penyokong PAS membelasah Tuan Guru Harussani, kononnya beliau merupakan boneka UMNO dan lebih baik Tuan Guru Harussani menjadi ahli politik sahaja daripada menjadi mufti atau ulama.



sumber: http://azlishukri.blogspot.com/

2 comments:

lagenda said...

Salam Ziarah.....

Saya ada terbaca komen anda didalam blog ustaz ahmad awang dan saya sependapat dengan anda .Pandangan anda terhadap PAS sama dengan saya dimana mereka2 ini terlalu taksub sehingga menolak atau pun lari keluar kariah jika seorang imam ini ialah orang UMNO.Apa pasal hina sangatkah jika orang UMNO ni jadi IMAM tak sah ka sembahyang jika berimam kan orang UMNO.Di tempat saya pun ada jadi macam ni dulu imam UMNO ada yang lari dari kariah sembahyang jumaat di tempat lain tapi la ni dah Imam orang depa tak pa la.Orang UMNO tak jadi macam tu pun ok saja boleh terima sapaun jadi imam.Satu lagi orang-orang PAS ni suka hina orang UMNO kata tak tau apa-apa mengenai islam ........

Suara Siswa said...

Lagenda, Allah maha kuasa. Setiap yang baik pasti akan dibalas baik. Jika mereka menolak imam yang dianggap umno adalah jelas niat mereka yang sudah tpesong. Sekalipun mereka solat b'imamkan imam pas maka hanya Allah yang tawu akan solat yang mereka kerjakan sah atau tidak.wallahualam..