Renungan hari ini..

Kepada pelawat budiman, terima kasih kerana melayari laman blog ini. Sebarang ulasan amat dihargai. Sila link kan blog ini ke dalam blog anda jika sudi..Terima kasih..

Wednesday, July 22, 2009

Kenduri Doa Selamat Sesama Keluarga Sambut Hari Lahir Najib

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor berharap suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-56 esok diberi kekuatan untuk terus menjalankan tugas dengan baik, adil dan saksama.

"Kita akan menyambut hari lahir Datuk seperti biasa esok malam dengan mengadakan kenduri doa selamat yang dihadiri oleh keluarga serta sahabat politik Datuk," katanya kepada pemberita yang bertanyakan

mengenai majlis sambutan yang beliau aturkan sempena hari lahir suaminya itu.

Rosmah berkata demikian selepas lawatan beliau bersama anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) ke Menara Kembar Petronas di sini Rabu.

Menurut Rosmah lawatan itu merupakan kegiatan bercorak pendidikan bagi memberikan pendedahan kepada anggota Bakti terhadap kegiatan dan kemudahan yang disediakan di Petronas dan di KLCC.

Katanya Bakti juga akan menganjurkan siri ceramah kepada anggotanya menegnai beberapa perkara seperti cara meningkatkan imej diri serta pengucapan awam.

-- BERNAMA

No comments: