Renungan hari ini..
Tuesday, December 11, 2012
Kembali...
Agak lama admin tidak "update" blog... maaf sebab admin terlalu sibuk sejak kebelakangan ini. Apapun admin akan kembali berjuang sebelum PRU 13. Bersama2 kita doakan PRU 13 ini memberi kemenangan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk terus menarajui kepimpinan negara. Semoga negara kita Malaysia tidak jatuh ke tangan orang-orang munafik yg sebahagiannya telah memonopoli parti pembangkang. sekian,
P/s: Mahasiswa berdiri teguh bersama2 kerajaan Barisan Nasional!
Saturday, March 10, 2012
Tuesday, October 18, 2011
Kalimah Allah
-DYTM Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah-
Monday, September 5, 2011
PERISTIWA BUKIT KEPONG
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Permulaan
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.[1]
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
- Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
- Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
Serangan Komunis
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisser Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.[2]
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Bantuan dari perkampungan berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Selanjutnya
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
Mereka yang terselamat
- Anggota Polis
- Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
- Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
- Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
- Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
- Ahli keluarga anggota
- Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
- Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
- Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
- Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
- Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
- Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
- Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
- Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah
Mereka yang gugur dalam pertempuran
- Anggota Polis
- Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
- Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
- Lans Koperal 7168 Jidin Omar
- Konstabel 9136 Hassan Osman
- Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
- Konstabel 8600 Jaafar Hassan
- Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
- Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
- Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
- Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
- Konstabel Marin 68 Awang Ali
- Konstabel Marin 181 Basiron Adam
- Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
- Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
- Polis Bantuan
- Ins. Kudarina Naknok
- AP 2130 Samad Yatim
- AP Mahmood Saat
- AP 1925 Ali Akop
- AP 2127 Othman Yahya
- Keluarga Anggota
- Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
- Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
- Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
- AP Redzuan Alias
- Embong Lazim
- Mendiang Koh Ah Cheng
Kontroversi Kenyataan mengenai Peristiwa Bukit Kepong
Pada 21 Ogos 2011 semasa satu ceramah di Gelugor, Pulau Pinang, Mohamad Sabu mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mengatakan kononnya Muhammad Indera dan 200 anggota tentera pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) semasa Peristiwa Bukit Kepong 1950 yang selayaknya digelar "wira negara" dan bukannya anggota polis yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong, dengan mendakwa kononnya kesemua anggota polis semasa penyembelihan tersebut sebagai "pegawai British" manakala askar PKM pula dianggap "wira negara sebenar" memandangkan mereka "menentang British".[3] Ceramah tersebut, yang videonya tersebar luas di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh Malaysia, memandangkan kenyataan tersebut dianggap sabagai satu penghinaan terhadap ahli keluarga mangsa yang terkorban,[4] di samping para pejuang kemerdekaan lain yang tiada kaitan dengan PKM seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar.[5]
Walau bagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan segala tuduhan tersebut serta mempertahankan kenyataan dan dakwaan Mohamad Sabu atas alasan sama.[6]
Secara faktanya, Parti Komunis Malaya bukanlah Pejuang seperti yang dimaksudkan. Para Sejarahwan amatur selalunya lupa bahawa Negeri-negeri Melayu Bersekutu mahu pun tidak Bersekutu mempunyai Kesultanan masing-masing yang secara "de-jure" nya diakui oleh Pihak Pentadbir Kolonial Inggeris sebagai negeri yang berdaulat yang hanya menerima penasihat British. Johor, di mana peritiwa ini berlaku adalah sebuah kesultanan yang bebas dengan perlembagaannya sendiri. Jadi perjuangan PKM yang rata-ratanya orang-orang Cina yang pada waktu itu bukanlah warganegara Johor mahupun Malaya kerana Raja-raja Melayu hanya telah bersetuju untuk memberi kewarganegaraan kepada kaum-kaum asing selain Melayu hanya pada tahun 1956 (seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times), jadinya menentang Inggeris bukanlah satu perjuangan untuk memerdekakan, akan tetapi satu cubaan rampasan kuasa secara bersenjata dan subversif menentang Inggeris dan juga Kesultanan Johor. Untuk apa memerdekakan Johor dan Tanah Melayu sekiranya anggota-anggota PKM bukan warganegara Johor atau diperintahkan oleh Sultan Johor sendiri? Adakah kerana Mao Tze Tung telah berjaya menghalau Pihak Nasionalis Kuomintang ke Taiwan pada tahun sebelumnya menjadi inspirasi mereka? Perlu diingatkan bahawa pada ketika itu Fahaman Komunisme sedang merebak ke seluruh Asia Tenggara.
Jadi di sini fakta sejarah yang di bawa oleh Mat Sabu adalah tidak benar jika menganggap PKM adalah pejuang kemerdekaan. Sekiranya Mat Indera pada mulanya bercadang untuk menangkap "beberapa anggota Polis yang mabuk dan berjudi", Niat Mat Indera yang mungkin pada itu untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu bagi menentang Inggeris, beliau juga telah disabotaj dan dipermainkan serta dijadikan kuda tunggangan oleh PKM mealui Komisar Komunis berbangsa Cina yang mengeluarkan printah membunuh bukan hanya anggota-anggota Polis malah isteri dan anak-anak anggota-anggota Polis tersebut secara kejam.
Datuk Seri Haji Hadi Awang juga tersilap dengan menyatakan perjuangan kemerd
ekaan oleh Mat Indera dengan dan bersama PKM seperti perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W ketika Baginda menawan Mekah kerana tidak sekali-kali menjadi aturcara peperangan Rasulullah S.A.W membunuh kaum wanita, orang tua, dan kanak-kanak. Janganlah pula Datuk Seri Haji Hadi Awang mengambil sejarah secara suku-suku, boleh terjadi kepada kesimpulan seperti yang pernah beliau ucapkan di dalam "Amanat" nya dahulu. Sejarah hendaklah diteliti secara fakta dan bukannya dari kaca mata politik.
Saturday, July 2, 2011
Sultan Pahang minta rakyat jangan sertai Bersih
ROMPIN 2 Julai – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meminta rakyat tidak menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini kerana ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan.
Baginda bertitah, perhimpunan itu tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat, tetapi menyusahkan mereka yang selama ini menjalani kehidupan aman dan tenteram.
"Saya merayu kepada rakyat jelata supaya tidak campur tangan dalam hal Bersih ini. Bersih ke, kotor ke, ia demonstrasi yang sememangnya tidak bersih," titah baginda selepas merasmikan bangunan pejabat stesen Institut Pembangunan Penyelidikan Pertanian
(MARDI) di Muadzam Shah di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum.
Baginda menegaskan, perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan memandangkan negara telah mencapai kemerdekaan sejak 54 tahun lalu.
"Kita duduk dalam negara yang aman dan makmur bersama semua kaum. Jadi, tak payahlah adakan demonstrasi dan saya secara peribadinya memang menentang perkara ini dan kita semua harus tentang habis-habisan," titah baginda.
Baginda juga mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati terlibat dalam perhimpunan itu. - Utusan
Monday, June 20, 2011
TERBONGKAR JUA.....
Zulkifli, Anwar perdaya Qaradawi
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 19 Jun – Bekas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.
Beliau yang merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar.
“Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu.
“Saya selaku peguam diarah mainkan peranan beri gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi.
“Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu,” katanya seperti dipetik dari laman blog, http://www.anwaraidc.com.
Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian ketika ditemu bual secara eksklusif oleh blog tersebut di Parlimen baru-baru ini.
Ditanya kenapa Anwar memerlukan fatwa Dr. Yusuf, beliau yang sebelum ini sanggup bermati-matian mempertahankan ketua pembangkang itu berkata, ia kaedah paling mudah untuk menguasai mentaliti orang Melayu kerana mereka akan percaya kata-kata ulama.
“Saya pernah sembang dengan Anwar. Dia kata, orang Melayu ini, kalau hang (kamu) keluar televisyen, dia percayalah. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Dr. Yusuf boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia gunalah,” jelasnya.
Bagaimanapun, Zulkifli berkata, kini beliau sudah sedar dan berasa cukup berdosa bukan sahaja kepada Dr. Yusuf, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana Anwar sering kali memperalatkan fatwa tersebut bagi membuktikan dia tidak bersalah.
Zulkifli menambah, beliau bertindak demikian pada waktu itu kerana taksub, sehingga akur kepada setiap arahan Anwar, tetapi kini bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepadanya berjumpa orang tertentu bagi memohon maaf.
“Kita buat silap, kita mengaku. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk betulkan balik. Bila tengok balik, banyak dosa, sampai ulama macam itu pun, kita boleh memperdaya supaya percaya isu Anwar difitnah.
“Saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk jumpa orang tertentu dan minta maaf. Saya dah buat. Saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk jelaskan perkara sebenar dan kalau lepas itu, beliau masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah,” ujarnya.
Sumber: utusan 20 jun 2011
Friday, June 17, 2011
KAMI TOLAK PERHIMPUNAN BERSIH

Perhimpunan bersih yang di jadual pada julai ini seharusnya diharamkan.. Diharap mahasiswa dan mahasiswi tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut. Sangat jelas perhimpunan tersebut adalah bermotifkan politik pembangkang yang sengaja mencetuskan huru hara serta satu kebiasaaan bagi mereka dalam memburukan imej kerajaan. Perhimpunan ini amat banyak agendanya terutama kepada parti pembangkang. Melihat peluang ini sebagai peluang keemasan dalam merosakan imej kerajaan, pembangkang tidak langsung menghiraukan kesannya. Kepada semua peniaga2 di sekitar bandar,pengusaha2 teksi,dan lain2 diharap bersabar.
Seterusnya, SISWA amat menentang keras perhimpunan ini. Siswa sangat sedih apabila keamanan yang sedia tercipta ini dicabul oleh pihak tertentu. Inilah kesannya penubuhan sebuah pakatan yang memperjuangkan demontrasi jalanan untuk memiliki kerajaan.. Marilah kita sama2 berdoa dan bersolat hajat agar perhimpunan haram terbabit gagal dengan izin Allah...
Semoga negara kita Malaysia terhindar dari sebarang anasir jahat pembangkang yang sangat dahagakan kuasa... wallahualam.....
Thursday, June 16, 2011
KEJATUHAN NEGARA ISLAM PAS
2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam - Karpal Singh) maka PAS menggugur Negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.
3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS, Nik Aziz tidak terima UMNO.
5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut dimana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.
6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan PAS untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.
7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya PAS dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.
8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS.
P/s: sumber chet det
Sunday, May 29, 2011
DAP tidak yakin dengan Pas
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 28 Mei - Rancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu mewakili parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang mencerminkan rasa tidak percaya serta kurang yakin dengan kemampuan Pas serta sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Penganalisis politik , Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (gambar) berkata, DAP terpaksa mencari alternatif lain sebagai strategi untuk memastikan orang Melayu menyokong parti tersebut memandangkan peranan Pas dalam pakatan tidak banyak membantu ketika ini.
"DAP dan Pas tidak pernah mempunyai persefahaman, malah keduanya selalu bergaduh mengenai pelbagai perkara. Walaupun sering menafikan tetapi rakyat bukannya bodoh untuk menilai lakonan tersebut.
"Kedua-duanya juga mempunyai ideologi yang bertentangan sehingga menyebabkan wujudnya perasaan prejudis dan prasangka buruk antara satu sama lain.
''Jadi bagaimana mereka mahu melaksanakan usaha bersama sekiranya saling mencurigai," katanya kepada MediaUMNO-Online hari ini.
Menurut Kay Kim, tujuan utama DAP mengubah strateginya dengan memberi fokus kepada orang Melayu adalah untuk mendapatkan kuasa secara total.
Katanya, DAP sedar bahawa sekiranya mahu mendapatkan kuasa autonomi di negara ini, mereka perlu mendapatkan sokongan daripada orang Melayu.
Bagaimanapun, Kay Kim tidak pasti sama ada rancangan DAP itu akan berjaya atau sebaliknya kerana secara umumnya masyarakat Melayu terikat dengan pegangan Islam.
"Apakah perjuangan dan ideologi DAP itu bersesuaian dengan orang Melayu. Golongan itu dinaungi oleh hak serta keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan DAP pula sering kali mempertikaikan perkara tersebut.
"Sebenarnya semua ini terletak pada orang Melayu sendiri. Adakah mereka mahu menyokong perjuangan DAP yang ternyata bertentangan dengan amalan serta budaya Melayu atau teruskan perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti jasanya sejak negara merdeka lagi," jelasnya.
Monday, April 25, 2011
Assalammualaikum
Berkenaan isu2 terbaru, siswa sangat menyokong penuh kerajaan PAS untuk mengkaji semula kedudukan parti di dalam PKR sekiranya isu video lucah tersebut benar2 berkaitan dengan presiden PKR dan selesainya siasatan. Siswa berharap 1 siasatan yang telus dan adil dilakukan. Siswa menyokong pihak berkuasa Polis mengambil tindakan terhadap Trio Datuk T kerana menayangkan video lucah dikhalayak umum. namun begitu, tindakan lebih tegas perlu kepada si pelaku di dalam video tersebut. Di dalam kes ini jangan kita lupa bahawa sekiranya benar2 presiden PKR tersebut adalah pelakon video tersebut,itu tidak mustahil,namun kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi selagi siasatan polis belum selesai.
Siswa akan update blog ini dari semasa ke semasa,mengeluarkan idea berdasarkan fakta untuk dibuat kesimpulan pada masyarakat. Teruskan mengikuti blog ini...
renung-renungkan karikatur ini..

Friday, February 11, 2011
Hilang kepercayaan, 100 ahli PKR Merbok sertai UMNO
![]() |
| TAJUL Urus Md. Zain (kanan) menerima borang permohonan ahli-ahli PKR yang menyertai UMNO daripada Alang Kasturi di Sungai Petani, Kedah, kelmarin. |
SUNGAI PETANI 10 Feb. - Sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri ini dilihat semakin merosot apabila kira-kira 100 ahli parti itu bertindak menyertai UMNO semalam.
Ia melibatkan ahli PKR Ranting Paya Nahu dalam Cabang Merbok yang diketuai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) ranting berkenaan, Alang Kasturi yang telah hampir 10 tahun menyertai parti itu.
Menurut Alang, tindakan tersebut diambil bersama ahli yang lain ekoran hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi parti terutamanya Penasihat PKR dan kepemimpinan kerajaan negeri.
"Kami sekarang sudah muak dengan perangai dan tindakan pemimpin PKR yang bertindak untuk kepentingan peribadi dan bukannya berjuang mengikut kehendak asal parti.
"Lebih kesal, PKR dan pemimpinnya hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikannya walaupun kami memberikan mandat kepada mereka memimpin kerajaan negeri tiga tahun lalu," katanya
Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan 100 borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.
Alang memberitahu, para penyokong PKR juga makin tawar hati dengan wakil rakyat pakatan pembangkang kerana gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.
"Sudahlah masalah tidak dapat diselesaikan, wakil rakyat PKR yang dipilih kami entah hilang ke mana, muka pun jarang nampak," dakwanya.
Menurutnya, beliau dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyertai UMNO sebagai ahli biasa dan akan membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
"Kami akan berjuang habis-habisan untuk merampas kembali Merbok daripada pembangkang dan saya menjangkakan ramai lagi ahli yang akan mengikut jejak kami meninggalkan PKR ," katanya.
Sementara itu, Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Alang dan rakan-rakannya untuk menyertai UMNO.
Beliau berkata, UMNO menerima kesemua mereka dengan hati terbuka dan berharap lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah mereka keluar PKR .
"Kini mereka boleh menilai sendiri sama ada perjuangan PKR benar atau sebaliknya. Kita berharap, rakyat khususnya di Parlimen Merbok dapat mengambil iktibar daripada perkara ini," katanya.
Beliau berharap, dengan penyertaan ahli baru tersebut akan memperkasakan lagi UMNO Bahagian untuk merampas kembali Parlimen Merbok daripada PKR dalam PRU13.
sumber: utusan
Saturday, April 17, 2010
WARISKAN KEAMANAN DALAM PRK-P094
-WARISKAN KEAMANAN KEPADA ANAK CUCU KITA-
Selamat menunaikan tanggungjawab kepada semua Pengundi2 di kawasan PRK Hulu Selangor..
25 APRIL 2010
UNDI PKR:
-Negara tergadai.
-Islam terhakis
-Ekonomi BUMIPUTRA merosot
-Tanah tergadai
-Janji sekadar janji.
-KEUNTUNGAN BESAR BUAT DAP
-Hak dan Keistimewaan MELAYU terhakis
-ANTIDEMOKRASI
-REPUBLIK MALAYSIA
- Reformasi.. RUSUHAN jalan terbaik..
-MAKSIAT dan PERJUDIAN anjuran DAP dan PKR di sana sini..
-Pengurusan dan Pentadbiran yg buruk dan lemah
Siswa tidak mahu negara kita MALAYSIA jd seperti THAILAND..
fikirlah... dan bersyukurlah dengan apa yg kita ada..
Jauhi dr pemimpin MUNAFIQ!!!
UNDILAH BARISAN NASIONAL...!!

UNDILAH BARISAN NASIONAL..

PARTI DEMOKRASI... ISLAM tetap TERPELIHARA..
JANGAN SEPERTI INI:

Kini sahabat dengan yg dimaksudkan demi kepentingan politik

kenapa?

penyanyang hanya kepada haiwan ini
Saturday, March 20, 2010
Pas sudah semakin hilang keyakinan diri
SEORANG ketua Pas cawangan secara ikhlas menghubungi seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti untuk mengucapkan tahniah atas tindakannya itu.
Menurut ketua Pas itu, ia sebagai isyarat kepada pucuk pimpinan PKR dan Pas supaya tidak terlalu mengikut telunjuk DAP. Bagaimanapun, kita tidak pasti sejauh manakah sentimen yang sama dikongsi oleh pucuk pimpinan Pas.
Ia memandangkan pada masa ini, Pas yang mula bergabung dalam pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu terlalu teruja untuk terus bersama pakatan berkenaan.
Kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Pas jelas menampakkan demi kepentingan politik, mereka semakin hilang keyakinan diri.
Bagi Pas, jika mereka tidak terus bersama pembangkang, maka berakhirlah impian untuk menjadi sebuah parti yang kuat, apatah lagi memimpin negara. Atas sebab itulah, mahu tidak mahu, mereka akan terus berada di dalam pakatan biarpun hari demi hari, parti itu seolah-olah diperkotak-katikkan.
Dalam soal ini, penulis teringat pesanan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menyatakan, Pas janganlah kelabu mata dengan misi untuk menawan Putrajaya bersama PKR dan DAP.
''Janganlah mengorbankan prinsip perjuangan hanya semata-mata kerana kuasa politik, apabila sudah 'kelabu mata', kita lupa kepada perjuangan ahli-ahli,'' itulah kata Zahrain.
Namun penulis yakin, sebahagian pemimpin Pas tidak peduli itu semua. Bagi mereka Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah detik terbaik untuk menjadi kerajaan bersama-sama kedua-dua parti berkenaan.
Sebahagian ahli Pas pula begitu taksub dan yakin dengan keupayaan pembangkang di bawah kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebab itulah, ada di antara mereka ketika berbual-bual dengan penulis berkata, Barisan Nasional (BN) akan berkubur pada pilihan raya umum nanti dan segala apa yang berlaku kepada Anwar sekarang disebabkan BN takut kepada beliau.
Demikianlah taksubnya mereka membuat andaian sehingga mereka terlupa bahawa Pas selama ini berjuang dan menjadi salah sebuah parti pembangkang yang kuat serta digeruni bukan kerana faktor Anwar Ibrahim.
Mungkin juga jika keputusan pilihan raya- pilihan raya terdahulu dikaji, pegangan ahli-ahli Pas itu berlaku berikutan semakin kurangnya keyakinan mereka bahawa secara bersendirian Pas sebenarnya tiada kekuatan apa-apa.
Jika diukur dari segi bilangan kerusi Parlimen sejak pilihan raya umum 1982, Pas hanya memenangi lima kerusi, 1986 (satu kerusi), 1990 (tujuh kerusi), 1995 (tujuh kerusi), 1999 (27 kerusi), 2004 (tujuh kerusi) dan 2008 (23 kerusi). Jika keputusan ini diambil kira, adalah jelas Pas hanya akan memperoleh kerusi mendadak jika berlaku sesuatu di dalam UMNO.
Ini jelas, apabila dalam pilihan raya umum 1999, Pas mencatatkan perolehan 27 kerusi berikutan isu pemecatan Anwar daripada parti dan kerajaan manakala pada tahun 2008 pula, ia dicapai hasil daripada perasaan tidak puas hati rakyat kepada BN.
Namun begitu semua ini bukanlah alasan kepada Pas untuk terus bersekongkol dengan PKR dan DAP semata-mata ingin berkuasa.
Berbanding dengan PKR dan DAP, kewibawaan Pas adalah jauh lebih baik daripada kedua-dua parti berkenaan. Tetapi Pas sudah tidak ada keyakinan diri sehingga dilihat sanggup mempertaruhkan prinsip perjuangannya semata-mata kerana mahu berkuasa bersama- sama kedua-dua parti itu.
Walaupun dalam sesetengah tindakan PKR dan DAP bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh Pas, tetapi ia 'ditutup mata' begitu sahaja kerana kononnya tidak mahu menjejaskan pembangkang.
Lanjutan itu, keluarlah kenyataan yang bukan-bukan daripada sesetengah pemimpin Pas termasuk mendakwa DAP mula menerima Islam dan kalau keluar parti pembangkang adalah 'haram', tetapi kalau keluar BN 'halal'.
Semua ini menampakkan dengan jelas bahawa Pas semakin 'kelabu mata' dengan janji-janji Anwar bahawa pembangkang berupaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Pas seolah-olah semakin kemaruk untuk merebut kuasa pemerintahan sehingga ia akhirnya menghakis keyakinan diri dan kepercayaan terhadap kemampuan pemimpin-pemimpin parti itu sendiri.
Penulis masih ingat bagaimana seorang penyokong Pas mengakui bahawa tanpa Anwar, maka 'leburlah kekuatan pembangkang'. Pandangan seumpama itu wujud kerana pemimpin Pas sendiri sejak selepas pilihan raya umum lalu tidak pernah meyakinkan ahli-ahlinya bahawa mereka secara bersendirian mampu menjadi parti yang kuat, malah tidak mustahil boleh memerintah negara.
Sebenarnya, berdasarkan perbualan dan pemerhatian penulis, di peringkat akar umbi sudah ada keresahan ketara mengenai pendirian kepimpinan Pas dalam soal terus bekerjasama dengan pakatan pembangkang.
Mereka khuatir Pas hanya menjadi alat bagi memenuhi cita-cita PKR dan DAP bagi memenangi pilihan raya, sedangkan matlamat perjuangan Pas adalah jauh lebih baik berbanding kedua-dua parti itu.
Justeru adalah wajar jika kepimpinan dan sebahagian ahli-ahli Pas duduk sejenak dan berfikir dengan tenang, apakah wajar mereka terus berada dalam pakatan pembangkang.
Fikirkanlah apakah PKR benar-benar ikhlas berkawan dengan Pas dan apakah DAP akan menerima konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas? Dalam pilihan raya umum nanti, apakah PKR dan DAP akan membenarkan Pas menjadi peneraju pembangkang seperti mana pernah ditegaskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa masanya sudah tiba untuk Islam memimpin.
Kepimpinan Pas perlu sedar, asas perjuangan parti itu bukanlah hanya mahu merebut kuasa semata-mata tetapi demi mendaulatkan syiar Islam di negara ini. Oleh itu, janganlah prinsip perjuangan ini dikorbankan hanya kerana kegelojohan untuk memiliki kuasa politik.
Mungkin saranan seumpama ini tidak akan dipedulikan kerana dianggap hanya mahu memecah belahkan pakatan pembangkang, tetapi Pas perlu berfikir dengan tenang, apakah tindakan yang sedang mereka lakukan benar-benar sudah berada di jalan yang betul bagi mencapai impian politik mereka.
Apa yang perlu diingat orang Melayu dan Islam bukan sahaja sedang memerhati tingkah laku UMNO tetapi juga Pas. Mereka sedang mengkaji antara kedua-dua parti itu, pihak manakah yang sanggup mempertaruhkan segala-galanya untuk mencapai cita-cita politik.
Justeru, jika Pas tidak mahu dilihat sudah terlanjur dalam tindakannya bagi meraih sokongan termasuk sanggup menerima DAP sebagai kawan rapat, maka bermuhasabahlah.
Ingatlah pesanan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin antara lain beliau berkata, ''Pada saya, Pas kena betul-betul buka mata. Pendirian saya, Pas sepatutnya keluar daripada pakatan pembangkang dan berjuang sendiri seperti dulu. Yakinlah kalau kita betul-betul berjuang atas Islam, Allah akan tolong. Kenapa tiba-tiba tidak yakin dan berasa hanya dengan DAP sahaja boleh. Ini adalah persepsi yang salah.''
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
rencana@utusan.com.my
Tuesday, March 9, 2010
MB Kelantan tidak faham peranan mufti
ROMPIN 8 Mac - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan fahaman politik sempit dan tidak memahami fungsi serta peranan sebenar mufti sehingga sanggup menggelar mereka sebagai ejen parti politik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan, tugas seseorang mufti adalah melaksanakan segala titah sultan atau raja yang berkaitan dengan soal keagamaan termasuk kepimpinan sesebuah negeri.
"Mufti ialah orang yang dilantik oleh sultan atau raja. Apa-apa titah yang berkaitan negeri dan keagamaan, tentulah ia sesuatu yang dijunjung oleh mufti.
"Jadi tidak boleh jika mufti bercakap mengenai kepimpinan negeri, lalu kita mengatakan mufti itu ejen parti politik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwanya masuk campur dalam usaha membentuk kerajaan campuran di negeri itu.
Nik Abdul Aziz berkata, peranan Harussani selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) terutama dalam soal pembentukan kerajaan campuran di Perak telah merendahkan martabatnya sebagai mufti malah ulama itu tidak layak lagi memakai gelaran tersebut.
Jamil Khir menegaskan, peranan mufti di sesebuah negeri bukan sekadar mengeluarkan fatwa semata-mata, bahkan tugasnya turut menyentuh soal kepimpinan berdasarkan apa yang dititahkan oleh pemerintah kepadanya.
"Hal-hal yang berkaitan soal keagamaan dan titah tuanku adalah tanggungjawab mufti.
"Islam juga merupakan agama yang menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan meliputi politik," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta Nik Abdul Aziz berhenti menggelar Harussani sebagai ejen UMNO kerana ulama itu menjalankan tanggungjawab seperti dititahkan oleh Sultan Perak kepadanya.
"Kalau mufti bercakap politik, ulama itu tidak boleh digelar sebagai ejen parti politik. Ini persepsi yang merendahkan kedudukan mufti," tegasnya.
sumber; UTUSAN
Tuesday, January 26, 2010
Krisis air tahun ini

AMPANG – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meramalkan akan berlaku krisis air pada tahun ini berikutan beberapa tanda awal kemarau yang semakin jelas di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.
Ketua Penguatkuasaan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Ashwar Abd. Aziz berkata, pihaknya telah menerima beberapa aduan dari beberapa negeri yang sudah mula mengalami masalah kekurangan bekalan air yang kritikal.
“Hasil lawatan saya di utara dan timur Semenanjung baru-baru ini, menunjukkan paras air di loji-loji air di sana sudah semakin susut.
“Contohnya di Universiti Utara Malaysia (UUM), tahapnya jelas membimbangkan kerana keseluruhan kawasan di situ sudah mengalami masalah terputus bekalan air sejak beberapa hari lalu,” dedahnya selepas menghadiri majlis dialog tentang isu air kotor bersama penduduk Taman Dagang di sini semalam.
Ashwar berkata, hasil siasatan SPAN menunjukkan, loji bekalan air di UUM sudah tidak mampu menampung keperluan semasa penduduk sekitarnya.
“Jadi saya berharap mulai sekarang rakyat Malaysia bolehlah memikirkan untuk berjimat cermat menggunakan air. Kalau basuh kereta, janganlah sampai tertanggal cat,” katanya.
Menurut beliau, selain UUM, pihaknya turut menerima aduan kes terputus bekalan air di Kota Bharu, Kelantan membabitkan sebuah hospital kerana loji yang ada gagal membekalkan air.
“Anda boleh bayangkan bagaimana bayi yang baru dilahirkan di hospital boleh dibersihkan jika tiada bekalan air,” tegasnya.
Selain itu, katanya, ada kes yang dimaklumkan kepada pihak SPAN di mana jenazah terpaksa dimandikan menggunakan air sungai kerana terputus bekalan air.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kawasan yang dimaksudkan.
sumber:kosmo
Angkara Yahudi
Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa
MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.
Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.
Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.
‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.
Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.
Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.
Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.
Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.
Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.
Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.
Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.
Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.
Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.
Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).
Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.
Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.
Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.
Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.
Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.
Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.
Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.
Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.
Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.
Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.
Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.
Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.
Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.
Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.
Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.
Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.
Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.
Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.
Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.
Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.
Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.
Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.
“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.
Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.
Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.
Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.
Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.
Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.
JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.
Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.
Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”
Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.
Hina sultan: Pemuda serah diri
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Seorang pemuda yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu dalam blognya hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan, petang ini.
Lelaki berusia 29 tahun itu dikatakan menyerah diri kira-kira pukul 4.40 petang selepas artikel yang disiarkan mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak di seluruh negara khususnya rakyat Johor.
Sehingga hari ini, polis Johor menerima 25 laporan terhadap penulis blog berkenaan.
Sehubungan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menubuhkan satu pasukan khas menyiasat perkara tersebut dan memberi jaminan penulis terbabit akan diheret ke mahkamah.
Sumber memberitahu, lelaki itu akan dibawa ke mahkamah di Kota Bharu pagi esok untuk perintah tahanan reman sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana petangnya.
"Sehingga malam ini, polis masih merekodkan keterangan lelaki tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Lelaki tersebut dikatakan menghina Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dalam satu artikel dan disiarkan dalam blognya, adukataruna.blogspot.com baru-baru ini.
Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog sama, kelmarin.
Dia juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari semasa ke semasa.
Sumber memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sekiranya terbukti bersalah lelaki berkenaan boleh dihukum penjara tiga hingga tujuh tahun.
Siasatan kes itu difahamkan dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit AmanSumber: utusan
Orang kanan Saddam dihukum gantung
BAGHDAD 26 Jan. – Orang kanan Saddam Hussein, Ali Hassan al-Majid telah menjalani hukuman gantung sampai mati semalam, menurut kerajaan Iraq.
Hukuman dijalankan selepas lapan hari dia dijatuhi hukuman mati kerana mengarahkan serangan gas ke atas penduduk Kurdis di kampung Halabja, timur laut Iraq pada 1988.
Dia yang lebih dikenali sebagai ‘Ali Kimia’ yang juga sepupu rapat Saddam adalah suspek paling dikehendaki oleh tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2003. – AFP
Friday, January 8, 2010
Faktor pendirian Pas bercelaru
![]() |
| Slogan ‘Pas untuk semua’ memerangkap perjuangan sebenar Pas menegakkan agama Islam. |
APAKAH sebenarnya pendirian Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah? Persoalan ini bukan sahaja bermain di fikiran umat Islam malah di kalangan penyokong parti itu sendiri.
Kenyataan seorang demi seorang pemimpin kanan parti tersebut bukannya menunjukkan dengan jelas pendirian Pas sebaliknya hanya menambahkan lagi kekeliruan.
Pada mula umat Islam menyangkakan bahawa pendirian Pas akan sama seperti mana kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang kesemuanya mereka menentang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.
Tetapi apabila Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad membacakan hasil mesyuarat Lajnah Politik parti itu yang menegaskan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain, asalkan ia tidak disalahkan guna, maka wujud kekeliruan yang ketara di kalangan umat Islam dan penyokong Pas.
Mereka tidak tahu kenyataan siapakah yang harus diikuti. Ia memandangkan perbezaan pendapat tersebut menyaksikan pertembungan antara dua kelompok dalam Pas iaitu satu puak yang mungkin membuat keputusan berdasarkan pertimbangan politik manakala satu lagi kelompok ialah golongan ulama yang membuat kenyataan berdasarkan kepada kepentingan Islam.
Puak politik membuat kenyataan bahawa, ‘‘Pas ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.’’
Manakala Nik Abdul Aziz pula contohnya menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Kenyataan itu diperkukuhkan pula dengan peringatan Haron Din yang menasihatkan umat Islam berhati-hati kerana sokongan mereka kepada penggunaan kalimah Allah oleh agama lain boleh membawa kepada kekufuran.
Adalah jelas sama ada Haron Din, Harun Taib, mahupun Nik Abdul Aziz, mereka membuat kenyataan berdasarkan kepada kepentingan Islam, ertinya soal politik diletakkan ke tepi. Sebab itulah Nasharuddin dengan tegas pada 2 Januari menyeru umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak umat Islam.
‘‘Tetapi malangnya di dalam Pas, ada kelompok yang terlalu melihat isu ini dari sudut politik, kesudahannya inilah jadinya, orang tertanya-tanya apakah sebenarnya pendirian Pas,’’ kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.
Menurut pemimpin muda tersebut, di dalam Pas sekarang sudah wujud satu kelompok yang menganggap apa juga isu yang diketengahkan oleh UMNO tidak harus diikuti oleh Pas, biarpun ia berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam.
‘‘Puak-puak ini menganggap tidak boleh sama dengan UMNO. Apa yang UMNO perjuangkan Pas tidak boleh ikut. Apa pun isu yang dibangkitkan oleh UMNO akan dianggap mainan UMNO.
‘‘Kalau beginilah keadaan bagaimana kita hendak melihat UMNO dan Pas sekurang-kurangnya bersatu dalam soal kepentingan Islam.
‘‘Sepatutnya dalam isu kalimah Allah, tidak kiralah siapa pun yang memperjuangkan yang penting Pas perlu memainkan peranan kerana ia adalah parti Islah,’’ kata beliau yang ternyata kecewa dengan pendirian Pas.
Apa yang menimbul tanda tanya, apakah keputusan yang dibuat oleh Pas itu yang dilihat tidak selari dengan ulama-ulama Pas semata-mata kerana bermotifkan politik? Ia kerana Pas bukan sahaja mahu menjaga slogan ‘Pas Untuk Semua’, malah lebih daripada itu Pas juga ingin menjaga hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Pendirian PKR dalam isu ini tidak harus dipedulikan kerana sampai kiamat pun, apa juga yang dilakukan oleh parti itu mereka akan meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.
Tetapi soalnya, adakah wajar Pas menjadi ‘pak turut’ dan demi menjaga hati dan undi, maka soal kepentingan Islam pun mahu diketepikan oleh sesetengah pemimpin dalam parti berkenaan.
Atas sebab itulah, pemimpin muda Pas yang dihubungi penulis tersebut menyatakan, oleh kerana soal kalimah Allah ini adalah isu agama dan akidah, ia sepatutnya diserahkan kepada Dewan Ulama atau Majlis Syura Pas untuk menentukan pendirian parti itu.
‘‘Tetapi malangnya, perhitungan politik seolah-olah mengatasi segala-galanya, kesudahannya Pas dilihat bercelaru dan tidak konsisten,’’ katanya.
Apa yang meresahkan di kalangan ahli Pas ialah mereka tidak tahu jika tindakan mengutamakan politik dalam isu seumpama itu akan menyebabkan wujud tafsiran bahawa ulama Pas hendak diperlekehkan.
‘‘Mereka orang berilmu, sepatutnya kita berpandu kepada mereka, apatah lagi Pas memperjuangkan Islam, kalaulah dalam isu agama pun pandangan mereka tidak mahu diambil kira, ke mana sebenarnya Pas hendak dibawa,’’ kata pemimpin muda itu lagi.
Semua kekalutan dan kekeliruan ini seharusnya ditamatkan segera oleh kepimpinan Pas. Ia kerana umat Islam amat memahami bahawa biarpun Pas berbeza fahaman politik terutamanya dengan UMNO tetapi jangan sampai ia menjadi batu penghalang ke arah bersama-sama memperjuangkan kepentingan Islam.
Isu kalimah Allah seharusnya tidak dilihat dari sudut kepentingan politik kerana sebaliknya seperti mana kata Nasharuddin ‘‘Satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.’’
Justeru adalah wajar Pas perlu bijak menilai yang mana satukah isu politik dan yang mana satu isu agama, yang mana satu layak dibincangkan oleh Lajnah Politik dan yang mana satu perlu diserahkan kepada Majlis Syura.
Dalam soal kredibiliti Majlis Syura Pas, ia sudah pasti tidak akan menjadi persoalan kerana yang menganggotai terdiri daripada ulama-ulama utama dalam Pas. Kita harus mengakui mereka juga mempunyai pengaruh yang besar di kalangan ulama Islam tanpa mengira apa pun fahaman politik mereka.
Oleh itu, peranan mereka perlu dipertingkatkan dan bukan sekadar mengiakan sahaja apa yang diputuskan oleh jawatankuasa atau biro Pas yang lain. Kalaulah Pas sendiri tidak begitu yakin kepada Majlis Syura, bagaimanakah pihak lain hendak percaya bahawa majlis berkenaan adalah satu badan yang berwibawa?
Seperkara lagi, bagi sesetengah pemimpin Pas yang masih mahu melihat segala-galanya daripada sudut politik, mereka sepatutnya merujuk kepada Majlis Syura sebelum membuat kenyataan terutamanya yang berkaitan dengan soal akidah dan agama.
Langkah itu penting bagi mengelakkan Pas akan dilihat penuh dengan kekeliruan apabila menyatakan sesuatu pendirian atau pandangan.
Majlis Syura Pas perlu dimartabatkan kedudukannya bukan sekadar hanya menjadi hiasan dalam sebuah organisasi.
Sumber : Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
Monday, January 4, 2010
MB Perak saman Suara Keadilan RM100 juta
IPOH 3 Jan. - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan beliau sebagai fitnah keterlaluan.
Katanya, beliau telah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan.
"Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM 1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong bersama-sama Majlis Bandaraya Ipoh di Kampung Tai Lee di Buntong di sini hari ini.
Sebelum ini katanya, beliau tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacam-macam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya.
"Tetapi dengan pembohongan yang keterlaluan dalam artikel keluaran terbaru mereka, sudah tiba masanya untuk saya bertindak,” katanya.
Zambry berkata akhbar itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menulis berita atau laporan kerana ia turut mencerminkan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata,” katanya.
— BERNAMA








