Renungan hari ini..

Kepada pelawat budiman, terima kasih kerana melayari laman blog ini. Sebarang ulasan amat dihargai. Sila link kan blog ini ke dalam blog anda jika sudi..Terima kasih..

Thursday, May 14, 2009

RENUNG SEJENAK...

Salam,...

Mari kita renung sejenak, lihat gambar di sebelah..
Kepadatan penduduk melayu di negeri perak.
Dari gambaran tersebut kita dapat lihat taburan penduduk melayu mengikut tempat. Bagaimana pula peta taburan penduduk yang berwarna merah?
Lihat sahaja yang berwarna merah sudah cukup kita mengetahui sejauh mana penduduk melayu yang menyokong UMNO.
Jadi, peristiwa bukit chandan bukanlah membuktikan Pembangkang yang merusuh adalah mewakili sejumlah besar kaum melayu. Hal ini telah dibuktikan melalui pilihanraya yang lalu di mana parti terbesar yang mewakili kaum melayu iaitu UMNO memenangi 27 kerusi DUN. Adakah jumlah kerusi DUN PAS jika ditambah dengan kerusi DUN PKR sudah cukup mewakili suara majoriti kaum MELAYU? Maka tidak hairanlah Dato seri (Ir) Nizar terlalu ghairah untuk mengekalkan kerusi dan menabik dada mengatakan beliau menteri PILIHAN RAKYAT sedangkan beliau tidak menyedari beliau menyandang kerusi menteri besar atas sebab undang- undang tubuh negeri Perak hanya membenarkan seorang ISLAM dan MELAYU menyandang jawatan tersebut. Perak ditadbir oleh kerajaan pakatan disebabkan peralihan pengundi kaum CINA yang cenderung menyokong DAP di perak. Hal ini menyebabkan MCA kehilangan sebahagian pengundi cina.Sungguhpun DAP mempunyai majoriti kemenangan kerusi DUN berbanding parti komponen PKR yang lain dalam mewakili PKR pada pilihanraya umum yang lalu,mereka sesama sekali tidak dapat meletakkan wakil DAP sebagai menteri besar. Justeru, satu- satunya cara untuk membonekakan menteri besar perak, maka NIZAR, seorang melayu yang berdarah campuran cina adalah orang yang paling sesuai untuk ditunggang DAP. Hal ini turut dikukuhkan lagi dengan isi TANAH atau pemberian tanah kepada kaum cina. SULTAN,KERAJAAN dan RAKYAT memerlukan 999 tahun lagi untuk mendapatkan semula tanah tersebut.wajarkah? Nizar melakukannya sebagai agenda untuk memenangi hati kaum bukan melayu. Hal ini menimbulkan KEMARAHAN sultan perak, DYMM Sultan Azlan Shah dan ramai kaum melayu serta bumiputera.


Biadap! Tidak sopan! itulah kata- kata yang sesuai menggambarkan situasi tersebut. Mereka mewakili sebahagian kecil kaum MELAYU yang menentang perlantikan Dato' Seri Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang baru. Kemenagan 27 Kerusi DUN Parti UMNO dan 1 KERUSI dun MCA adalah bukti sokongan padu kaum MELAYU terhadap UMNO..
Seandainya rakyat yang wakil dari 27 DUN UMNO melakukan perkara seperti di dalam gambar apa pendapat anda?








Terima kasih kerana mengundi PKR,
Terima kasih kerana mewujudkan kacau bilau.. Terima kasih kerana menghakis keistimewaan Kaum Melayu.
Terus tonjolkan akhlak PKR dan Pas yang sebenar...










P/s: Siswa kecewa terhadap mainan politik pembangkan.
Berhati- hati dengan agenda DAP..ada udang di sebalik batu-maka DAP menyokong pas!

No comments: